Wednesday, May 9, 2018

Stone Ride : Nasi Ganja Ipoh!!!


Assalam you ols.... Yaaa.. bertemu kita lagi kali ini dalam blog yang sama. Hahahahaha...

Firstly aku nak say sorry to you all yang mana-mana dah lama tunggu entry blog ni sebab aku jarang update. Yang paling utamanya adalah sebab aku takde laptop, walaupun boleh taip laju, tapi bila takde laptop or pc kat umah jenuh gak la ko nak update apa-apa pakai phone. So jadilah entry blog lebih kurang setiap penggal mengundi sekali. Kuang.. Kuang... Kuang.

Baik, tanpa melengah masa boleh la aku update ride kali ini, dipanggil "Ride Stone" Nasi Ganja. Kenapa stone? Sebab isap ganja kan boleh stone? So ni lebih kurang la... hihihi

Sebenarnya ride ni dah lama dah aku plan, tapi disebabkan tak penah la plak betul-betul nak pegi, so kira hangat-hangat tahi cair ayam la kan? Kejab takde bajet la... kejab rasa malas la... jadi supir la... tapi alasan sebenarnya malas nak ride sorang. So aku decide lepas ni if takde member pun, kalau dah terasa nak ride, maka belasah la aku ride hari tu. Har.. Har.. Har...

Perjalanan daripada Bentong ke Ipoh ni memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Tapi aku amek masa agak lama sebab aku lalu jalan lama (Rawang - Serendah - Tg Malim... etc.. etc... sampai la ipoh) dan aku ride santai je. Antara sebab ride ni adalah untuk try abam punya action camera yang baru beli brand SJCam SJ6 Legend. Kualiti kamera ini bagus bangeti (bagus sangat) dan gambarnya lawa. Cuma bateri life je tak berapa nak panjang (lebih kurang dalam sejam doploh menit) dan disebabkan aku tak bawak bateri spare dan mic nak cucuk kat kamera so takdelah vlogging. Tapi gua da buat channel kat youtube dah untuk moto vlogging, InsyaAllah nanti akan up jugak video. Takde masa (sebenarnya takde laptop nak edit video. Ni pun pakai laptop adik... kahkahkahkah). Okay, sambung balik entri blog...

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih ni dimulakan pada jam 7.30 pagi. Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi, so bley agak la berapa jam di situ. Ada la dekat 4 jam. Masuk jam kedua keras dah saket bontot. So next upgrade nak kena beli seat Corbin. Harapnya bini aku belikan la abang hadiah seat tu yee... nanti tak le kebas bontot atas motor. Kihkihkihkih... 

Disertakan map untuk rujukan korang...

tuu diaaa........ jarak dia! 


Pada mulanya cadang nak sarapan kat Pau Mun Yik Yik Mun, Tanjung Malim tapi disebabkan perut dah mula rasa pedih nak gastrik, so aku stop la kat RnR Gombak pekena nasi lemak. Sebelum ni penah rasa, tak berapa sedap la, tapi hari tu sodap betul. Sambalnya, pedasnya, nasinya... biasa je. Paru sambalnya... ayam gorengnya... fuuhh... Sodap melayan bhai.


isi perut dulu siap-siap... yooshhh


Nak pi melemang Tok Ki ke baaaaaang? 

Perjalanan dari Gombak pulak takde apa yang menarik sangat, cuma aku ada la stop-stop untuk minum sambil-sambil melihat trafik yang makin banyak... padahal sebenarnya stop sebab panas. Kahkahkahkahkah... 

Oh lupa plak. Ride ni pun sekaligus nak test aku punya touring jacket dan seluar yang baru beli. Tapi panasnya mak aih.... so kompem nak kena upgrade touring bike plakk... Multistrada ke? Kihkihkihkihkih....

Seperti yang diceritakan di atas, sampai Ipoh lebih kurang jam 11.30 pagi, tapi line dia MasyaAllah, ramai betul umat Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa melengah masa aku pun beratur terus.. korang tengok aje la gambar bawah ni... ramai tak ramai? On X On??

Lautan manusia... yang lapaaarrrr...

Tapi masa tengah beratur tu, sorang pakcik tegur aku, 

"Assalamu'alaikum. Adik ni nak bungkus jugak ke?"

Aku pun kabo la, "Ehh tak.. nak makan sini la pakcik."

Pakcik tu pun sambung dengan hensemnya (sebab da tolong aku, kira emsem la kaann), "Beratur ni untuk bungkus Dik. Kalau nak makan ko masuk je duduk. Nanti diorg amek order. Kang ko beratur sini kang, sampai sana takde tempat duduk la kan?"

Aku terpikir jab. Betul jugak apa yang orang tua ni kata. Lepas ucap terima kasih lebih kurang aku pun terus melangkah masuk dalam. Actually, sebelum datang sini aku ada la baca blog-blog jalan-jalan cari makan yang lain yang dok cerita pasal queue diorg ni... diorg kata diorg queue lama, Kalau nak takde org sangat datang kul 10 pagi katanya. So kira kalau kita nak makan sini pun kena la queue. Tapi sebenarnya tidak. Tertipu gak aku. Cissssss..........................

Muka happy bro dapat duduk dan order. Tengah tunggu order sampai aje ni...


Tak lama menunggu order pun sampai... Tuu dia. Kopi Ais, Air kosong, Roti Bakar, Nasi Kandiaq (betoi kaaa aku cakap ni?) dan kamera aksi SJ6 yang bukan untuk dimakan. Kehkehkehkehkehkeh... Tak lama pun i balun la menu ni. 

Tapi... Tapi... Haaa... ada tapi tau. Kopi Ais dia dengan Roti Bakar... PEEERRRRGGGGHHHHHHHHHHHHHHHH... mantop!!! Disebabkan aku tak mau terkencing-kencing nanti tak le aku order kopi tu banyak sangat. Aku kalu menum kopi banyak nanti akan terkoncing-koncing. Dibawah disertakan gambir gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan korang....


Tu dia... order hamba dah mai. Kecuali kamera tu. kikiki

Saje je tunjuk gambar ni.


Lauk pauk yang menggunung. Tapi da sejuk. Sedeyyy...

Tuu dia... susun siap-siap tinggal amek saje. Ehh jab, pakcik ni tadi kata untuk bungkus. Ni apahal plak dalam pinggan? Tapau dapat pinggan ke?


Overall bagi aku nasi kandar ganja ipoh ni biasa-biasa je. Okeeee laaaa, takde la sedap mana. Sambal Kelapa dia ada la sikit rasa tapi nak kata unik tu penah aku rasa yang lagi best. Termasuklah nasi kandiaq tu. Biasa-biasa je. Kat KL dgn PJ lagi bersepah kedai yang sedap.

Keluar je dari kedai tu aku nampak ada kedai jual cendol. Da pekena nasi kandiaq kompem la nak pekena cendol kan? So aku pun pegi la gerai tu... Sekali tengok brader tu mak aih... emsem. Muka melayu tapi tengok nama "Kelvin Raj". Aku tanya Chindian ke? Dia kata ha'ah.


Yang gadis-gadis jgn ta nyenyak tido malam yeee...


Cendol dia. Ok laaa... nak kata sedap sangat pun tak. Tapi boleh la buat penghilang dara dahaga. 

Banyak gak yang aku sembang dengan brader Kelvin ni... Cakap la kat dia tak sedap mana. dia pun buka la cerita... rupanya nasi ganja ni pun dah berubah tangan pemiliknya. Maksudnya dari bapak ke anak. Takde la pulak aku nak tanya bapak dia meninggal ke apa, tapi bila anak dia ambil alih memang banyak la perubahan dari segi rasa. Apepun yang itu aku tak boleh komen la sebab aku tak penah rasa nasi ganja sebelum ni, so iyakan saja...

Selepas ucap tq and goodbye, aku pun minta izin brader ni untuk beransur. Dibawah ini banner cendol abam kacak ni. Bila ditanya pandai dia pilih nama gerai dia kata "Ni newspaper yang tulis bang..." seraya merendah diri. 

Lai... Lai... Lai....


On the way balik aku benti jab kat pekan Simpang Pulai sebab nak caj kamera aksi tu (letak kat Starbucks. Kat McD sebelah dia gila ramai...) dan tengah siap-siap masukkan ais dalam poket jaket touring ni (sebab panas sangat) sekali golap la pulaaaaaaaaakkk.... Hahahahahaha. Balik hujan lebat dan aku lencun. Bukan sebab hujan (jaket waterproof), tapi sebab air batu dalam kocek jaket. Kahkahkahkahkahkahkahkah..


Uih... Golap ehhh

Overall experience ni boleh di repeat, bukan sebab nasi sedap, tapi sebab ambiance tempat ni menarik, roti bakar dan kopi aisnya sedap dan jarak perjalanannya berbaloi la nak gi konvoi dengan kawan-kawan. Abam bagi 4 bintang dari lima. Bagi banyak-banyak tak boleh. Hahahahahaha... 

So kalau ada mana-mana lady bikers yang mai sini lepas baca blog aku ni, taulah depa nak pekena cendol dari nasi ganja. Kikikikikikikikiki...

Okay geng... Sehingga lain masa. Vrrooommm!!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment