Monday, July 3, 2017

*Bruuup* Ride to Muar; The Mee Bandung Chronicle

Assalam all... Awesome kan title omputih?? Hahahahaha... saja jah bakar line. InsyaAllah kandungan akan dalam bahasa Manglish, Malay + English.. Hihihihi...

Bersempena dengan birthday aku yang lalu (sebenarnya bukan nak celebrate sangat pun, tapi sebab dah lama sangat tak ride jauh..), Ride *Buuup* ke Muar telah kujalani untuk recce balik jalan ke sana, sebab dah lama sangat tak pegi. Last hari tu pun 7 tahun lepas~! 👀

Tuu dia adik abang. Jangan tak tau....


Perjalanan tersebut yang mengambil masa kira-kira 5 jam untuk sampai (sebab sesat + berhenti rehat banyak) dimulakan dengan bacaan do'a perjalanan menurut sunnah:

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ عَÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ، لاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِاللَّÙ‡ِ

Aku bertolak kira-kira pada jam 8 pagi. Cuaca pulak ngam-ngam soii rase sejuk membelai pipiku yang comel lagi gebu, menambahkan lagi rasa nak terlelap pepagi.. hihihi..

Nampak tak..?? Nampak tak?? Siapa tak nampak lagi dua Jumaat.. Hahahaha.. Takdeelah. Tu mata sembab tak cukup tido.

Disebabkan ride ini jauh, aku dah siap2 pasang bantal empat segi (beli kat Tong Fatt Bentong) ikat kat seat motor agar perjalananku bontot tak saket sangat, sebaliknya sakitlah jugak.. Hahahaha.. Aku jugak buat keputusan nak pakai racing suit two piece ni..yelahkan safety yang paling utama! (Ok la dari beli jaket siap same kaler dgn kasut tapi bila tanya ori ke tidak tak bley jawab.. hahahaha).

Tak banyak coretan yang dapat kubuat ketika dalam perjalanan sebab tak banyak benda menarik pun dan terkejar masa (nak sampai Muar dalam tengahari), jadi beberapa sahajalah gambir gambar yang dapat kupersembahkan untuk tatapan kalian.. eceeewah.




Sampai RnR Nilai pada jam 10.30 pagi. Perut dah berkeroncong mintak diisi. Apa lagi, stop lah sini. Makan nasi goreng sama lauk di sisi. eh.. eh.. sekali caption da macam puisi!


Walaupun kat Google map tulis lain, aku berjourney ke Muar ikut jalan lain. Tu yang sesat tu.. kikiki. Aku exit kat Tol Ayer Keroh dan masuk Lebuhraya AMJ ke Muar. Kereta tak banyak sangat, jumlah yang boleh dikatakan masuk akal (sebab hari bekerja), tapi cuaca berubah dari sejuk (Bentong) ke panas berdengung dan kekesalan mula kurasakan sebab pakai racing suit ini.. kahkahkah..

Berhenti je mesti mau selfie. Bukti kasi bini maaa...
Lagi 7 batu nak sampai. Alhamdulillaaaah..~ 


Yang seronoknya bila jalan-jalan tempat orang ni, adalah bangunan-bangunan yang biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa, dek kerana kreatifnya badan berkuasa yang berkaitan membuat design landmark-landmark yang menarik...




Bus Stop design ala-ala rickshaw. Cantik
 Bila sampai sini aku dah blank. Sebab papan tanda takde tunjuk apa-apa ke Muar. Aku gamble amek "Tangkak / Segamat" dan nampak signboard KPJ Bandar Maharani ke kanan, muahahahahahaha... happy terus!

Abam lain kali letak la sekali tulisan "Muar".

Sampai sahaja ke pekan Muar (sebelum jambatan) satu landmark menarik minatku... ianya seperti satu arca bagi memuji kebesaran kerabat DiRaja Johor dengan tulisan "Daulat Tuanku". Cantik, macam tugu Keris kat Kelang tu... ehh jab, ada lagi ke tugu tu?? Macam dah kena roboh. Tak tau plak, Hhhmmmmmm....


Landmark yang menarik

Tak jauh dari landmark situ ada satu jambatan yang menghubungkan Muar (sebab terpisah dek muara), sempat le jugak aku stop amek gambar dari atas tu. Cantik... malahan bau laut itu menyamankan!


Tak tau la kapal apa tu.. yang kompem bukan Titanic! hihihi...

Sesampai sahaja di situ, satu landmark yang menandakan kita sudah sampai ke pekan Muar tersergam indah... maaf ye gambar jauh sangat, nak pi dekat payah keta banyak. So amek gambar ajela dari tepi jalan... Hmmmm... (bunyi tak puas hati).

Penanda pekan Muar
Setelah berpusing-pusing mencari kedai Mee Bandung Abang Sayang (tak tengok GPS, nak save bateri. Powerbank tak bawak! Hihihihi), akhirkan terpaksa la jugak aku give up dan tgk GPS. Rupa-rupanya kedai tu SEBELUM jambatan tu lagi.. so kena pusing balik dan keluar ikut arah yang ditunjukkan. Rugi jugak aku dekat 40 minit mencari arah. Tu le bijok sangat... kohkohkoh..

Landmark kedai mee bandung ni adalah belakang bas stesen dan juga berhadapan (kira belah tepi sikit, depan le tuuuu) dengan markas operasi polis marin. Hari ni hari kerja, so keta banyak parking sini... kalu tak, muto2 la parking berderet, mencantikkan lagi permandangan di sini.. eceeeewah.


No unauthorized admission ye. Maksudnye apa ntah.
Ahhhaa... Inilah kedai yang dicari. Alhamdulillah bukak jugak. Tapi aku prefer kedai yang belah tepi sekali kat tempat masuk tu.. sekali tutup plak. Apa bley buat.. janji kita ngap!

Kedai Mee Bandung Abang Sayang. Ko order lebih dua lebih kasih sayang dia bagi kot? Kihkihkih...

Permandangan laut yang indah mententeramkan jiwa.



Mee suda mari, kita sapedekk dulu...!


OTW balik tu aku sesat lagi... haihhh. Asalnya nak balik lalu jalan dalam dari Melaka ke Nismilan, tapi tetap jugak sesat. Last2 aku keluar ikut Ayer Keroh dan exit kat Simpang Ampat. Dalam perjalanan ni, sebelum flyover ni ada makan Dol Said, tak sempat plak aku nak singgah... tapi sebab utamanya adalah makam tersebut jauh ke tengah kawasan, so kalau aku stop nak amek gambar nanti orang tengok pelik pulak racer mana amek gambar. So aku buat keputusan utk tidak singgah di makan Dol Said dan meneruskan perjalanan. Ini flyover selepas makam tersebut...


Cuaca cantik... tapi panas berdengung. Naseb baek tak hitam kulit aku. hihihi...

♫ The Hills are alive... with the sound of musiiicccc..... ♫♫

Sampai kat sini, amat menarik perhatianku. Hahahaha... Teringat lecturer aku time study dulu. Dia suka panggil orang bongek. Satu hari tu aku marah la dia;

"Kenapa prof carut kat saya?" 
Dia plak kata "Bilo sey carut kek ko?"
Aku : "Tuuu panggil saya bongok".
"Sey panggil kau bongek. Bongek tu kat Nismilan!"

Satu kelas gelak berderai termasuk la aku. Lecturer ni VERY COOL... So kami tak kecik hati dengan kata-kata dia.. Hahahaha.... Tapi apapun pengalaman tu THORBAAAAEK!


Bongek kau ni...


Balik tu singgah jab jalan ke Kota dan Astana Raja. Nak tengok makam Raja Melewar.. Ini muzium Ghombau... 


Aku sampai selepas kul 5, so da tutup... sobb sobbb...


Ok aku cita sket pasal Raja Melewar ni. Beliau ini adalah keturunan raja dari Pagar Ruyung dan berketurunan Minangkabau (keturunan bini aku ni). Pada zaman tu, Nismilan ditadbir oleh Kesultanan Johor. Ketika hendak memerintah Nismilan, beliau (Raja Melewar) telah pergi ke Johor terlebih dahulu untuk menyerahkan cop Mohor dan untuk dapat macam restu la dari Sultan Johor ni. Masa tu seorang sedara dia berketurunan raja Pagar Ruyung gak, diutus pergi terlebih dahulu untuk menyiapkan upacara menyambut kehadiran Raja Melewar ni tadi. Nama beliau adalah Raja Khatib.

Tadi dia sudah ada sikit jahat, pergi kasitau penduduk tanah Nismilan bahawa BELIAULAH RAJA YANG DIUTUS tadi, terus dan-dan jadi Raja kat sana. Apa lagi, murkalah Raja Melewar dan beliau terus mengisytiharkan perang terhadap Raja Khatib. Nak tau lebih lanjut, silalah google atau baca kat sini.


Sedikit ringkasan sejarah ada diletakkan untuk panduan pelancong yang datang.

Siap ada replika keris.

Penerangan lagi....


Ok, yang ini aku tak tau makan siapa sebab takde sebarang penjelasan. Untuk makluman, terdapat larangan binaan kekal dikubur ya.

Ni agaknya makam Raja Melewar tu sebab ada kain kuning (melambangkan keturunan DiRaja).

OTW balik pulak ternampak rumah ni... struktur binaan rumah lama. Rumah siapalah agaknya. Kalu diberi peluang hendak aku beraya kat sini... hihihi...



Dalam perjalanan balik tu aku singgah Lenggeng, kampung bini aku. Ada pulak Mak Lang dia kat situ, salam lebih kurang, minum air dan aku balik lepas Maghrib dan sampai umah dalam kul 10 malam. 

Dah lama sangat tak ride seronok ride ni. Bila balik tu tak penat.. lepas mandi baru rasa penat! hahahahaha... terus nak tido, tapi dinner dulu dgn isteri tercinta utk celebrate birthday aku. Antara pengajaran yang boleh aku ambil dalam ride ini adalah:


  1. Study jalan dulu sebelum pergi.
  2. Letak bantal kat seat motor pun buleh kebas punggung unless punggung ko dibuat dari besi.
  3. Bila jadi utusan orang jangan memandai-mandai amek credit sbb nak jadi raja. Tak pasal2 orang declare war dgn kita.
  4. Brand Rev'it! memang awesome!
  5. Setakat ride makan satay kat daerah sebelah naek motor besar tapi ngaku naek kapcai termasuk dalam sifat kazzab (penipu).
  6. Ride kena dalam dua hari baru dapat explore semua betul-betul.


Akhir kata, sebelum berpisah lihatlah papan tanda ni... jalan ni selalu bikers lalu, tu la kan dah kena perati. Jangan bawak laju sangat bro. Laju sikit takpe... Hihihihi.


Sehingga di lain masa,

Assalamu'alaikum wbt!

Monday, April 10, 2017

Hibernate no more!!!

Assalam... Hello all...

Setelah lama memendamkan diri (actually malas nak update.. hahahaha), saya akan buat comeback dgn posting lebih kerap lagi. InsyaAllah. Sy juga akan buat satu youtube channel untuk review. Tetapi review-review ini juga akan dibuat dalam bahasa melayu @ inggeris. Semuanya tertakluk pada adanya kamera nak dibuat review dan kecenderungan nak bercakap dlm bahasa apa.... hihihi...

Tunggu yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa