Saturday, December 22, 2012

Ride Mencucuk : Lata Jarum, here I come!!!!

Assalamu'alaikum dan selamat hari Ahad kepada semua...

Apa khabar hari minggu macam ni?? Tak ride ke? Ada yang buat short ride, ada yang buat whole day ride, ada yang buat aktiviti meleper ke Genting, Simpang Pulai, Klawang dan sebagainya, apa pun yang aktiviti yang anda lakukan, gear up or suit up, let's ride!

Pada hari coti cuti macam ni, gua berehat saja sebab nak melepaskan letih badan ride semalam yang telah berlangsung ke Lata Jarum.... Apa itu Lata Jarum??? Haaa... nanti gua cerita.

 Dari rumah gua, kira jauh le jugak nak ke Lata Jarum ni. Perjalanannya kira-kira sejauh 197km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih kalau naik kereta.



Tuuuu dia..... bengkang bengkok jalan. Impian setiap bikers! hihihi



Lata Jarum merupakan sebuah tempat rekriasi air terjun yang terletak di Raub, negeri Pahang Darul Makmur. Lata Jarum ini terletak kira-kira di bahagian utara-timur negeri Pahang dan ianya adalah beberapa kilometer dari Kg Ulu Dong.

Tempat ni kira first time aku nak pegi. Sebelum ni kalau nak mandi air terjun jer, Sungai Gabai, Ulu yam. Sungai Gabai, Ulu Yam. Aku dah jadi rupa Gaban (sebab pegi Sungai Gabai) dah. Hahahaha

Kejadian bermula apabila aku terbaca post Safa di facebook group yang mengatakan dia nak ride balik kampung ke Raub, Pahang. Pastu dia tanya le sesapa yang nak follow dia, aku pulak dengan rakusnya mengangkat tangan (dalam rumah jee... sbb aku balas posting fb dia! hihihi) berkata "saya!!!"

Bermulalah sesi meng"confirm"kan waktu dan tempat RV. blah.. blah.. blah... (aku malas nak spesifik sangat tang ni. Takder apa pun, banyak ngombrol-ngrombrol je bak kata orang Indonesia. Hihihi.



22/12/12
Pagi Sabtu tu aku bangun pagi pun lambat jugak. Hahaha... Nasib baik aku da kemas siap-siap baju dan seluar yang nak dibawa malam tu. So terus mandi-mandi, siap-siap salam mak aku terus aku gerak ke RV, Shell Jalan Tun Razak. Sambil bawa motor tu aku terngiang-ngiang mesej si Safa untuk sampai ke tempat RV sebelum pukul 9 pagi.



pagi yang indah.... cuaca yang cantik untuk ride. Oh yeah!!!
 
 
 
ngam-ngam mengikut had laju kebangsaan. Hihihi

 
 
Aku pun sampai je RV (Shell Jalan Tun Razak) canteeeek punya jam 8.55 pagi. Lima menit minit sebelum jam 9 pagi. Tapi hampeh... aku sampai sana sorang pun tak sampai lagi!
 
 

Wei... mana da korang?!



Aku siap sarapan roti sambal dua, air kopi susu sama oren baru nampak terima mesej si Safa :



"Aku on da way ke Shell"
 
 
Haaa... aku da mula boring dah. Masa tu dah nak pukul 9.30 pagi. Kot takder mesej dia tadi tu, abeh roti memang aku jalan solo ke Raub jugak. Tapi merayau sendiri, mau sampai ke Kuala Lipis, nak ambil gambar pagar rumah jiran ketua kampung depan sikit simpang tepi Datuk Siti Nurhaliza.
Tak lama lepas tu seorang daripada kamen rider yang dah pencen tiba, Kamen Rider Kopak Da Bulat. Hahahahaha.... (gurau bro... jangan marah. Hihihi)



Tengok... betul tak aku cakap macam kamen rider??? Hahaha



Kopak bukak jer helmet, ngam-ngam yang lain sampai. Kami pun menggerakkan motor kami untuk bersekongkol berkumpul dengan diorg. Berikut gambar-gambar di RV. Aku belanja Der!
 
 

Rider paling lambat sampai. Dengar cerita da sampai Shell baru dia perasan tayar depan teringgal kat rumah sebab dari keluar rumah dia wheelie sampai sini....       

 
 Motor brader Caap. Nick pun bersuara "Bukan nama ko Ashraf ke?"
"Ramai sangat la Ashraf... aku jadi la Caap". Hahahaha... lawak la ko Der!



Nama terbalik-terbalik pun pakai Leo Vince woooo........ Idaman hatiku!

 
 
Lepas isi perut, buang isi perut, kasi tambah tar sikit dalam peparu (peringatan tuuu... berhenti merokok!) kami pun bergerak. Sebelum gerak tu Safa ada cakap nak stop jab kat kedai motor pasal nak buat plat number belakang.... kami pun ok jah... (tak buleh marah. nanti dia merajuk tanak balik kampung kami nak pegi macamana ke Lata Jarum tu??? Hahahaha).







Spek baru gua... hehehe. Beli secara Groupon. Murah siot!

 
 
Kami pun berhenti kat salah satu kedai motor yang berderet kat jalan yang nak menuju Wangsa Maju tu. Berikut gambar kusyuk khusyuk (macamana daa eja khusyuk????) si Safa menampal nombor platnya :
 
 





Humangaih... penuh tekun. Kalau aku tu da aku lempar plat number tu!

 
 
Lepas da settle lebih kurang tu, kami pun bergerak. Tapi lawak gak pasal plat Safa dilekat velcro pastu diikat dengan tie cable sebab dia tak skru plat tu. On the way kami masuk Karak tu aku tak boleh nak ambil gambar sangat sbb keta banyak... Kelakar der, berbuai plat dia macam langsir raya! Hahahaha.



Masa di Karak tu, kami dengan lajunya memecut.... (eeerr... sebenarnya yang memecut tu aku... da lama sangat tak jumpa corner... kemaruk Der! HAHAHAHA). Aku sampai tershoooooooot lebih, sampai terlepas Petronas kat dalam Karak tu. Aku pun berhenti tepi sambil menunggu geng-geng lain sbb over sangat... hehehehehehe...



Dari sudut macam ni masa aku amek gambar, keta yang melintas tu pas tengok aku... agaknya dia ingat aku mencangkung nak berak sbb nyorok depan motor kot??? Hahahahaha

 
 
Nampak jer diorg aku pun terus mengejar. Masuk pekan Raub kami dah slow sikit pasal tak terkejar apa pun. Kami berhenti di kedai motor sebab Safa nak betulkan plat belakangnya yang berbuai tadi tu (hahaha)... Si Nick pulak nak repair brake belakang. Si Haniff pulak nak tukar minyak itam. Aku spray rantai... last-last, hampir kesemua kami buat sesuatu di kedai tu! Akekekekeke....



Da masuk town Raub... Bawak rilex beb!




Nick : "Sini ada kerja kosong ka tokehh??"
Taukeh : "Ada... ada... you mau keja ka?"
Nick : "Boleh la... apa kerja you ada?"
 Taukeh : "U mau kerja I kena berhentilah!!! I makan gaji saja tau!!!"



Nick tersenyum selepas brek motornya di service. Kalau tak dari tadi dia brek pakai tahan kaki kat jalan... hahaha



Brader Caap "Leo" Ashraff "Vince"



Sudah siap diskru. Tak ler berjurai macam langsir lagi! hihihi


Tengah-tengah serabut sana sini tu Safa tanya kitorang : "Korang nak makan kat kedai ke nak makan kat umah aku? Mak aku tanya ni..." Aku pun cakap la kat dia "Mak ang da tanya tu tandanya dia da masak le tu... memang dia expect tetamu. Tak apalah, kita memenuhi jemputan mak kamu la..." Safa pun telepon le mak dia bagitau kami makan tengahari di rumahnya. Tapi serious bro, BERBALOI!!! Giler sedap mak dia masak. Safa, ang tak ada adik perempuan yang da abeh sekolah ka??? HAHAHA




Bersiap-siap nak ke rumah Safa. Tapi Brader Caap ni memang lajuuu jer bersiap nak gerak. Iyelah kaaaan.. Leo Vince. Baru lagi pasang plak tuu... HAHAHA.



Kami pun sampai ke rumah Safa lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Memang time lunch la... ngam-ngam! Kami pun masuk, salam sama ayah Safa dan kami pun menjamu selera... punya la lapar sampai terlupa nak ambil gambar sebelum makan... sempat amek selepas je. Hehehehehehehehehe.... sori Safa...








Makcik masak memang best!!!




Hanif dan Acap (Caap) yang terduduk kekenyangan. ni kalau ada bantal ni jalan ni brader dua orang ni...



Kopak mengelap air mata... katanya mata masuk abuk, tapi macam kitorang tak tau... air mata kekenyangan dan kemengantukkan tu... HAHAHA


Lepas da agak-agak abeh rokok dua batang, kami pun bergegas ke air terjun. Bukan apa, mata da makin mengecil, makin mengantuk. Yelah kan... ride ke sini, pastu masakan Mak Safa, MasyaAllah... sedap sungguh! Terus kami da rehat jer tanak keluar. Tapi disebabkan masing-masing da lama tak mandi dah berapa hari terjun, maka kami pun meneruskan niat kami...




Among the best roads are in Pahang. Twists and turns!




Hi-speed corner! Hihihi



Kami pun masuk dengan jayanya ke simpang nak ke Lata Jarum ni. Tang sini aku sempat bukak glove sbb kenderaan berselisih SANGAT KURANG so aku pun shoot la video.... kasik up sket! Hihihi






Dalam pade tu sempat jugak aku shoot video lastman kami, Saudara Nick sbb dari tadi dia sebok kata, "Aku ingat ko shoot video" tiap kali dia nampak aku pegang kamera. Hahahaha... takperlah Der, aku belanja ko video satu!






Banyak juga rumah kat dalam ni... masa kami nak ke sini, ada lebih kurang dua kenduri yang orang buat... agaknya memang ada beberapa kampung di sini. Mungkin jugak, dua-tiga daerah dalam jalan nak ke Lata Jarum ni....


Walaupun ride kami bertemakan "free ride" tapi secara kebetulan kami berzig-zag dalam formasi, tanda kami penunggang berhemah. Hihihi...



Single line potong kereta.



Perjalanan kami teruskan dengan tabah. Jalan di sini banyak lumut juga, so rider-rider yang extreme "menjamah" corner tu harap berhati-hatilah juga....



Cantik gambar ni. Hehehehe...




Signboard kat bawah before proceed ke Lata Jarum. Aku terlupa nak amek gambar kat sini, so aku amek gambar dari internet yang ada buat review jugak kat tempat ni. Gambar kredit to waterfallsofmalaysia.com





Haaa.... petanda kami dah sampai. Fuuhh.... berpeluh gak nak sampai sini!





Cubaan aku nak ambil gambar atas motor. Ada pulak si Zack ni interframe... (facepalm).




Cantik bersusun.... Nick muka risau dah! Akekekekeke....




Preview sikit. Hihihi....




Ingat ya... Kepala air, bukan kepala otak. Ngeeee.......




Zack bergambar ala-ala Zack dalam citee Azura. (ada ke babak ni??)




Lihatlah keindahan alam ciptaan Allah swt.



Hihihi...malu la abang tu tak pakai bajuuu....



Masing-masing amek mood "sejuk" dulu. Eeerr.... si Safa pegang apa tu??? Aku no komen!!! hahahaha...


Babak mandi telah di"sensor"kan kerana 18++. Actually sbb tak bawak kamera... hahaha... so gambar kat bawah ni gambar-gambar SETELAH abeh mandi dan g menum. Lapar der sejuk2 mcm ni.





Dua-dua gambar ni muka monyok jee.... makanan belum sampai. Ngeeeee




 Tuu dia ABC.



 Nasi lemak... Yum.. yum...


 
Barulah masing-masing muka ada ceria... hehehehe.


Demikianlah sudah ride kami yang tak seberapa... Beberapa babak yang lain terpaksa di delete sbb takder apa pun. Ride ini memang mantop dan meletop. Terima kasih kepada Bro Safa yang tak terhingga atas layanan superb family bro, ride yang BEST sangat!!! Masakan ibu yang sungguh menyentuh perasaan, bapa yang peramah dan sudi berborak dan juga klik-klik brader-brader geng LC135 yang turut sama-sama menjayakan ride ini. InsyaAllah kalau ada ride yang lain, kita pasti ketemu!



Andai kata tersalah, tersilap, terkasar bahasa sepanjang pengarang turut sama menjoin ride kalian semua, pengarang menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekhilafan saya. Sekian laporan Ride Mencucuk : Lata Jarum!




Dari kiri : Kopak, Acap (Caap), Hanif, Nick, Zack



Dan juga leader, Bro Safa!


Wednesday, December 5, 2012

Leper Ride (Ulu Yam) - Celebrating Deepavali. Ahaks!!!

Assalamualaikum dan hallo semua.


Seperti yang dijanjikan... jeng.. jeng.. jeng... ride meleper Ulu Yam - Frazer seperti yang dijanjikan.
Malangnya kesudahannya tidak menyebelahi pihak2 yang pergi meleper ini kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... (balik muka kecewa).


12 Nov 2012 - Malam tu berkobar-kobar eden nak balik merehat-rehatkan diri... yelah, esok kan nak pergi meleper. Tetapi setelah melepak dan menepek sambil ngombe-ngombe (bahasa orang putih : out drinking), aku pun terliwat terlewat sampai rumah. Cepat-cepat inform mak aku yang aku nak bangun pepagi nak keluar "jalan-jalan". Apa lagi... memang bising ler makwe kesayangan aku ni....

13 Nov 2012 - LAMBAT BANGUN!!!!! sepatutnya RV pukul 8, konon-konon nak bangun pukul 7 la konon, tetapi terlajak bangun pukul 7.45!!!! apa lagi??? Mandi cipan kerbau, pakai apa yang lebih kurang dapat dipakaikan dan terus full throttle ke tempat RV. Berderup deram jantung aku pasal aku bersimpang siur di laluan jalanraya (jangan amalkan yea???? :)). Sampai tempat RV lebih kurang 40 minit.... full throttle dari mula sampai abes. Enjin motor aku pun da bunyik macam enjin motorbot!

Sampai tempat RV satu budak pun takde!!! Aku tengok jam baru pukul 8.45 pagi... "Aisehmen... takkan la diorg ni da gerak?? giler awal.... " sambil aku tergaru-garu kepala... menengok sini sana untuk mana-mana kedai sarapan yang berdekatan yang ada. Setelah tunggu lebih kurang 15 minit, dengan hati yang berat aku keluar balik utk pergi ke BhP kat simpang masuk Taman Tasik Titiwangsa untuk beli air... (kita minum dulu!!!) sambil2 merangka perjalanan aku seterusnya.


Tengah beli air tu tetiba aku terima SMS daripada Firdaus yang berbunyik
"Salam bro....
jom join meleper ke Frazer pagi ni??"

Dengan pantas aku beli topup dan call dia!

"Salam.... Daus?? Korang kat mana??? aku g RV takder pon??"
"Kitorang tunggu kat Shell depan sikit Titiwangsa bro..."

Hek elee... tunggu situ la plak. Aku pun cargas pergi ke sana. Sampai sana yang ada si Firdaus sama Nick saja... yang lain2 masih belum tiba. Sedang tak lama menunggu, si Bay sama Safa pun tiba. Maka kami pun mula le bergerak....

Dari situ g sarapan la... berak la... kentut la... aku malas nak update, sampailah kita di Ulu Yam simpang nak naik tu (pasal kat situ takder gambau bro... kat sini baru ada). Tengok muka masing2 tengah bersiap2 nak gerak. Sepanjang otw nak ke sini, mmg motor aku terbaik la sebab boleh potong memotong diorg. Dari sini dari terbaik jadi terberak sbb haram motor aku takder pickup... macam harem. Marilah sama-sama menikmati foto ini :



Layan punya layan punya layan (sorry geng takder gambo meleper... seram nak amek gambar!!!) tibalah masa ke Bukit Tinggi.... MALANGNYA kami TIDAK DIBENARKAN untuk naik... maka dengan muka kecewa... masing2 aku upload..... kah.. kah.. kah.. kah.. kah...

 masing-masing mengharap tunggu greenlight dari pak guard Myanmar


Dari kiri yang muka kecewa : Nick, Firdaus dan Man Bird. 


 Bai... phone number solengge....


Muka Nick paling jelas kecewa....

Selepas daripada kekecewaan Bukit Tinggi, budak-budak ni menghala semula ke Genting. Aku?? Hala balik la bro... Port Kelang jauh wooo....

Sekian, sampai di lain masa. Jumpa lagi.....

Vroom... Vroomm!!!