Monday, July 9, 2018

BMW S1000 R Review. si Adik Kembar S1000RR Yang Berbogel!

BMW. Sapa tak kenal? 

Sebut saja BMW ramai yang terbayang model GS1200-nya yang pernah dipopularkan oleh pelakon Ewan McGregor dalam siri "Documentary" motorcycle adventure beliau yang berjudul "Long Way Down" yang diterbitkan pada 2007.

Ahhh... Jangan bohong. Memang sebut BMW je mesti kita terbayang model GS. Umpama "toothpaste" itu colgate. Kihkihkihkih...

Sebenarnya banyak lagi model-model lain yang telah dihasilkan oleh BMW Motorrad, cuma yang menonjol adalah model GS disebabkan ianya menjadi pilihan para rider untuk dijadikan kuda tunggangan melangkah border untuk masat (massage) pekena tomyam kung.

Tetapi pada hari ini, artikel ini berkisarkan sebuah model yang diilhamkan daripada abangnya yang terkenal dengan "sirip jerungnya" di sebelah tepi. Beliau diberi nama, S1000R.

Seperti nama yang mirip kepada model S1000RR, model S1000R ini boleh dikatakan "kembar kurang serupa" dengan model S1000RR, yang mana ianya model "naked" dan kuasa yang dihasilkan daripada enjin "empat dapur (inline four)" telah ditala (detune) agar menghasilkan top end yang lebih malar dari model S1000RR. Ia dikatakan boleh menghasilkan kuasa "low to middle range performance" kuasa maksimum 118kW pada 11,000 rpm dan kuasa maksimum torque (pick-up) sebanyak 112Nm pada 9,250 rpm. Dalam erti kata lain, naik bukit kena main clutch lebih sikit la jugak. Hahahahahahaha...




 Lampu depan sebelah lain, sebelah lain yang ikonik pada model BMW.


Handle alih kiri kanan pun masih nampak segak uolss....


Motosikal ni agak tinggi. Penulis yang berketinggian hemsem 178cm (5 kaki 8 inci dalam sistem imperial (seperti yang digunapakai oleh USA) pun menjengket kaki. (Macamanalah gamaknya wartawan Berita Harian yang jaga bahagian artikel moto tu ye? Sampai ke tidak kaki dia? Kikikikiki), tetapi dari segi kelebarannya selesa dan boleh dikatakan kaki dalam keadaan postur yang selesa ketika diletakkan pada pemijak kaki.


Maneuverability (fuh cakap omputeh plak...) moto ni surprisingly agak berat, berbeza dengan motor superbike satu liter dari pembuat jenama lain. Mungkin kerana posisi badan yang agak menegak, membuatkan kita terasa berat moto difokus pada fork USD, berbanding dengan superbike yang mana moto lebih mudah untuk di"counter steer" bagi masuk apex corner (kecuali kalau ko corner biasa-biasa je, macam pegi kedai beli susu anak. Masa tu la lengan ko rasa kebas. Hahahahahahahahaha). Apapun ia lebih kepada kebiasaan seseorang itu mengendalikan jentera apa kuasa pun. Penulis lebih biasa menunggang supersport / superbike / full fairing bike berbanding naked bike. Last dulu pun tahun 2009. So boleh bayang la betapa kekoknya penulis menunggang "kuda besi" ini. Power deliverance pulak awesome. Sekali pulas kalu tak pandai control memang tergolek dok masuk longkang. Smooth dan silky. 

Model ini didatangkan dengan dua mode tunggangan. Rain dan Road. Amat sayang sekali ia tidak didatangkan dengan 3 mode. Boleh rasa perbezaannya ketika di litar. Tetapi mungkin kerana sasaran penunggang bagi model ini adalah untuk "daily commute" atau "inter-town travel" maka dua mode ini sahaja dihidangkan kepada pemilik-pemilik model ini.


Akra titanium uols.... loan pakai nama bini pun no hal punya barang ori dapat...


Selain itu juga, ianya didatangkan dengan ekzos Akraprovic titanium (dah pasti bukan clone; yang ada kedai moto bagi kalu beli dengan diorg sebagai promo katanya... hihihihi), quickshifter yang kurang "smooth" (mungkin ianya boleh disetup di control box quickshifter tu... macam berapa miliseconds kita nak engine kita dicut-off) sehingga menyebabkan transisi gear ke gear yang lain menjadi seakan tersengguk dek kerana cut-off engine yang boleh dikata agak lama (walaupun kurang dari sesaat), tetapi kesenggukkan tetap dirasa. Sampai kita terasa "rantai longgar ke nak kena tarik jab" di dalam dada kita... hahahaha..

Tetapi, dengan adanya indikator seperti "gear indikator", "sukatan minyak" boleh la membuat pemikiran kita terganggu sekejab dari quickshifter yang tak berapa quick tu sebab nak tengok kita da masuk gear berapa. Kalu tak mesti ramai yang tercari-cari gear 7. Kihkihkihkih...



Di indikator "Neutral" tu la jugak boleh didapati indikator untuk mod tunggangan yang dipilih. Maafkan penulis sebab tak tunjuk mod tu, sebab masa ni kekenyangan sangat. Buurrpppp....


Secara overall motor ini sesuai ditunggang oleh peminat-peminat model naked bike. Dengan aksesori lengkap didapati di sini, boleh dikatakan ianya "value for money" kepada bakal pemilik-pemilik model ini kerana tak perlu banyak sangat nak upgrade. Dengan standard ada quickshifter, ekzos Akra, brembo mono kat brake depan, sekiranya expectations anda terhadap model ini tidak terlalu tinggi, maka ianya adalah yang paling mantop dikalangan model-model naked lain seperti Suzuki GSX-S1000 atau Kawasaki Z1000 atau yang sewaktu dengannya. 

Cuma pada penulis, penulis lebih berminat dengan model-model full fairing atau adventure. Tetapi, minat penulis tak semestinya minat anda semua. Seperti yang telah penulis katakan di atas, kalau nak banding dengan model naked lain, model S1000R ini boleh mengatasi yang lain kerana DNA model S1000RR menjadi platform motorsikal ini dibina.

Akhir kata, moto anda, duit anda. Bulan-bulan anda yang bayar. Nak submit loan nama bini pun tak apa... yang penting sembang jgn gebang. jangan kasi bimbang.

Sehingga dilain masa, adioossss............

 Luxury. Yes, it is.



Yummy.


Nampak tak quickshifter yang tak best tu. Hahahahahaha....